Dia tak minta dilayan bagai puteri
Dia tak minta sejambak bunga setiap hari
Dia tak minta dipeluk setiap masa
Dia tak minta dipujuk berulangkali
Dia tak minta harta dunia
Dia tak minta diulit madu dan sutera
Dia tak minta ucapan cinta setiap saat
Dia tak minta dibelai setiap minit
Dia tak minta untuk dipuji
Tetapi.......
Dia cuma mahu dihargai
Dia cuma mahu difahami
Dia cuma mahu perhatian
Dia cuma mahu kasih sayang
Dari seorang yang bernama SUAMI
Ya.. dia itu adalah ISTERI KAMU!!!
Dia hanya mahu sedikit perhatian
Dari kamu wahai suami
Dia hanya mahu kamu dekat dengannya
Datanglah dekat
Biar hati bersatu
Biar degupan jantung berganda
Biar nafas saling dihela
Biar nadi berdenyut sekali
Datanglah dekat wahai suami
Dia perlukan kamu
Dia mahukan kamu
Tapi.....
Kamu semakin jauh
Kamu pergi jauh
Kamu telah jauh
Alasan demi alasan
Kamu lemparkan
Rungutan demi rungutan
Kamu lepaskan
Masalah demi masalah
Kamu timbulkan
Dia merasa kecewa
Dia merasa sedih
Dia merasa sunyi
Dia merasa terpinggir
Dia merasa terdesak
Dia merasa terhimpit
Persoalannya
Kenapa kamu ?
Mengapa kamu ?
Bagaimana kamu ?
Adakah kamu ?
Bilakah kamu ?
Masihkah kamu ?
Jawapannya..
Hanya ada pada kamu
Nurkilan seorang isteri
-23.11.83-
No comments:
Post a Comment