04 March 2019

Bila ada orang sentap time kau buat lawak

Assalamualaikum.. Lamanya la hai tak menaip kat sini... Sihat ke reader mak?? Ingt mak tak??  Ke dah lupa mak wujud ni?? Hahaha..  Mak macam biasa la. .Makin muda remaja. .Hahaha makin kurus kering. .Hahaha. .Semua tu dusta belaka. . Kenyataannya mak makin tua makin gemok gedempol. . Huhuhuhu
Sebenarnya mak nak story mori kat sini. .Sebab kalau mak tak tempek cerita tu kat sini,   takot lupa pulak. . Bila² mak singgah blog ni, bila baca balik, automatik naik balik la kenangan tu nanti. InshaAllah. . 
Mak ni jenis yang happy go lucky. . Suka buat lawak,  macam takde perasaan je kalau mak buat lawak. .Tapi tak semua orang sama. . Bila mak buat lawak,  mak rasa lawak mak tu,  mesti bahan orang,  baru la ada feeling nak gelak.. Dan bila dengan member² mak yang biasa dengan mak,  diorang takde la kata nk sentap ke hape. . Tapi hati orang,  mak tak tau la. . Sekarang ni tempat kerja mak bukan dekat taiping dah. .Mak kerja dekat parit buntar,  suasana berbeza..sebelum ni mak kerja dengan ramai orang,  tapi tempat kerja baru, ada 6 orang termasuk mak kat office tu. .Jadi, lain la keadaan tu. .Dan mak pon takde la seronok sangat kerja kat situ, tp terpaksa. . Nanti mak cerita kenapa mak pindah tempat kerja. . Sekarang ni mak nak cerita pasal seorang manusia ni. . Dia dah tua dah..  Da 43tahun camtu la umur dia..  So,  mak gelarkan dia kak s. . Kak s ni dia ada 1 perangai pelik,  bila kita melawak,  mula² dia kata tak terasa pun, tapi tetiba² sentap bila kita bahan dia dengan lawak yang sama. . Katanya boring asyik kena bahan yang sama. . What?? 
Bukan terasa, 
 tapi boring,  lepas tu sound aku depan member² yang lain. .Kau rasa??  Melawak dengan sound direct tu mende yang lain kan?? Untung la mak jenis tak cepat sentap. .Mak tanya dia " kenapa berangin pulak petang2 ni? " dia kata dia masih perlu jaga anak dia...melawak sesekali takpe. .Kalau hari² itu 1 doa, kamu sekolah agama, kamu lebih arif tentang hal ni..  Mak cuma melawak pasal tudung dia,  dia pakai tudung style orang tua,  
so,  mak tegur la " kenapa kak s pakai mcm org tua...tiba² dia berangin.. Dia sound mak direct,  dengan muka tak puas hati..dia sentap pasal lawak mak. .Ish. . Sebelum ni pon dia ada la sentap jugak dengan mak,  pasal melawak dengan dia pasal kursus luar kawasan,  mak kata kat dia,  mana bole pegi sebab sape nk uruskan kerja dia,  sebab partner dia pon pergi jugak.. Last² dia sentap bila mak tanya dia " kalau kak s pergi kursus luar kawasan,  anak tinggal dengan siapa? "
 macam tu ayat mak,  dia jawab " be series,  hal anak jangan main² kak s sensitif" aku pon minta maaf la kalau dia terasa. ..so,  setel bab tu..petang tadi sekali lagi dia sentap..  Lepas ni mak malas la nak amik kisah hal dia.. Melawak dengan series pun tak boleh nak beza..
 Mak bukan doa dia cepat mati pon. .
 Mak just melawak kata kenapa pakai tudung mcm orang tua je. . Dah jadi isu.. Dia ada masalah rumah tangga kot..mak pulak melawak tak kena masa. . 
Hahaha.. Lain kali,  kena bg salam dulu kot baru boleh melawak..  Dah tua,  tak ngaku tua,  pastu orang melawak pasal warga tua pon dh sentap. . Dasar tua,  haritu kata tak sentap bagai.. Harini kata lain pulak. .
 Dasyat betul la orang tua tu. . Hahahha kalau ikutkan,  mak pun boleh sentap,  tapi nanti mak jadi macam dia pulak.. 
 Warga emas yang kuat sentap,  cakap tak serupa bikin, berubah² ayat mengikut situasi. .Hahahaha..
Berat nang nang. . 
Ok la. .Dah setel story mori mak. . Nanti kita jumpa lagi. . Salam sayang dari mak

Nota untuk orang tua yang suka sentap : kalau ada masalah rumah tangga,  jangan bawa keluar dari rumah,  tinggal kan kat rumah...baru boleh buat kerja dengan tenang... Hehehe

07 July 2017

salam pertengahan syawal

assalamualaikum.. selamat hari raya!!! walaupun dah pertengahan syawal dan orang sebuk buat puasa 6,mak gigih taip blog nak..hahaha..lama dah tak melawat blog sendiri.. asyik melawat tapak projek je kan.. hahaha..projek ape?? projek dalam mimpi ler... 
so, raya tahun ni paling best dr 2 tahun yang sudah..sebelum 2 tahun lagi best sebab arwah mak ada
tahun ni anak2 buah semua lepak kat rumah sampai seminggu..
.seronok dia lain macam la sikit kan.. hari pertama mak dan family balik kampung arwah mak..tok dan mak sedara ada sana..sambil2 teringat mak dapat la lepas rindu kan.. raya kedua pergi sg petani..ada open house belah sedara belah abah pulak.
.raya ke3 pusing aeon mall,taiping sentral..hahaha..raya ke empat mak bawak semua yang ada kat rumah tu pergi tidur hotel perdana kat taiping...hahahaha
tempat bercuti dengan rumah jauhnya hanya 15minit sahaja..
 HEBAT TAK MAK???
kengkonon bercuti di luar kawasan kan..lepas tu melawat taiping mall..keesokannya balik rumah.. lepastu tak pergi mana dah..duduk rumah sambil layan tv..semua rancangan tv dah boleh hafal dah..hahaha..ok lah..layan gambo je la. malas nak taip panjang2..
.
.
.
.



























.
.
.
hahaha..gambar last tu terlepas pandang..hahaha..takdak keja time tu..sebab lapaq sangat kita snap gambaq juling sikit.. hahahaha
.
.
.
oklah..cukup kot takat sini dulu..gambar ramai2 satu family tu ada dalam camera..malas nk copy masuk dalam pc.. gambar yg ada ni dalam henpon je..
tengkiu sudi singgah blog kite yer kawan..
silalah datang selalu okey!!!.....

19 April 2017

bercuti di krabi-hatyai thailand



assalamualaikum reader.. hahaha ade ke reader?? takpe la..janji mak pon kira reader jugak..
nak cerita ni..mak 1 family tak termasuk adik mak n family kecik dia telah pergi bercuti ke krabi thailanda secara memandu kereta sendiri...huhuhu
penat der..tapi seronok sebab bukan mak yang pandu kereta itu.. 
hahahaha.. 4 hari 3 malam yang sangat-sangat best.. 
kitorang berolak sebelum subuh dari batu kawan hari rabu 22.3.17.. sampai jitra dalm pukul 6 lebih..singgah solat..dalam pukul 8 lebih dah sampai border bukit kayu hitam.. 
elok je masok danok jam dah bergerak ke belakang..masih pukul 7 pagi.. thailand lewat sejam dari malaysia..



muka dik masam sebab keletihan..time ni nak cari sarapan kat danok..
.
.
.



jalan punya jalan kitorang pon sampai ke aonang krabi..perjalanan ambil masa dalam 5 jam 40 minit dari pekan danok tu..punya la jauh..tapi tak rasa sangat letih tu sebab seronok punya pasal kan..
hehehe
sebelum sampai homestay kitorang singgah makan tengahari dulu..kelaparan der
makan nasi puteh,tomyam seafood,telur dadar dan somtam..fuhhh..mabeles sangat
rasa thailand pekat kot.. hahahaha
.
.
.


dah kenyang, kitorang pon teruskan perjalanan ke homestay..
kitorang sewa homestay nopparatpoolvillas.. 1 villa ada 4 bilik,private pool dan boleh masak..so,kau rasa apa?? tak ke best?? hahahah
.
.



esoknye kitorang pergi island hopping..hong island..
.
.
.







.
.
.
pastu esoknye lagi kitorang pergi elephant hiking..wahhhhh 
pestaim naik gajah seumur hidup..menakutkan tapi seronok..kesian gajah tu sebab mak naik atas dia..tapiiii.....huhuhu
harga untuk seorang 500bath..kira 1 gajah boleh muat dalam 2 dewasa seorang kanak-kanak..







.
.
.
habeh dah krabi..banyak nak cerita tapi cukupla sikit-sikit..janji dah tempek gambar sini kira ok la kan..
pastu singgah krabi premium oulet..pastu bergerak ke hatyai..tidur kat sana..malam tu kitorang pergi hatyai floating market..esoknya jalan2 naik tuk tuk sebab kat krabi dah sempat nak naik tuk tuk..
kita try kat hatyai la pulak.. sebji tuk tuk pusing town dalam sejam lebih kurang 250bath..korang convert la sendiri berapa..hahahaha







habeh la sudah bercuti ke krabi - hatyai mak.. seronok tapi tak berapa puas sebab banyak habeh masa kat jalan je.. tapi inshaAllah ada rezeki kita pergi lagi..buku meraj tahan 5 tahun kot..hahaha
next ?? perth australia (berangan)hahaha...... 
inshaAllah.. 
.
.
.
nota nak bercuti lagi : berangan nak peluk koala pulak...


Bila ada orang sentap time kau buat lawak

Assalamualaikum.. Lamanya la hai tak menaip kat sini... Sihat ke reader mak?? Ingt mak tak??  Ke dah lupa mak wujud ni?? Hahaha..  Mak maca...