30 September 2012

bajet 2013..


assalam.. kelmarin PM buat perbentangan bajet 2013.. antara yang menarik adalah seperti berikut :-
.
.
.
.1. Bonus untuk Penjawat Awam sebanyak satu bulan setengah yang dibayar 3 kali Aidilfitri 2012, Disember 2012 dan Januari 2013. yang ini memang sah2 kite n my hubby dapat
2. BR1M 2.0 RM500 untuk ketua isirumah yang berpendapatan kurang RM3,000 dan RM250 untuk individu bujang berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan kurang RM2,000. Cara tuntutan BR1M 2.0 masih sama denganBR1M. yang ini jangan sesekali gatai nak p apply lagi..dah memang terang2 xlayak..nyampah!! ini boleh mendatangkan marah!
3. Bantuan persekolahan RM100 seorang untuk anak-anak yang bersekolah. anak pon xde lagi meh..sob..sob..seb..sab..xadil dowh!!
4. Boucar buku RM250 untuk Pelajar Pengajian Tinggi dinaikan RM50 berbanding dengan tahun lepas. belajar takat darjah 6 dok diam2 eh..hehehehe
5. Rebet hutang PTPTN diskaun sebanyak 20% dan 10% untuk pembayar yang membayar secara konsisten. kalau dah belajar pon takat darjah 6, manada PPTTNN bagai eh..
6. Diskaun 50% tambang komuter untuk yang berpendapatan kurang RM3,000. hah!! yang ini adik kite musti dpt..adik, apply taw..hari2 bwk slip gaji p keja..hehehe
7. Kelayakan pembayar cukai dikurangkan 1 mata dan ini akan mengeluarkan ramai daripada kelayakan pembayar cukai pendapatan. Ini secara tak lansung akan meningkatkan jumlah pendapatan yang diperolehi. ini terkecuali sebab kite xlayak nak bayar cukai wehh
8. Kelayakan Skim Rumah Pertama dinaikan kepada RM5,000 dan syarat simpanan 3 bulan dan bekerja enam bulan dihapuskan. ini musti utk org yang tak mampu beli umah kan..kite mampu la..hehehe
9. Pembinaan 123,000 rumah mampu milik kepada yang layak. huh..buat byk2 pon kite yg dok jauh dr kolumpo musti xdpt jugak
10. Insentif RM1000 untuk usahawan online wanita. nak kena wat bisnes online la cmneh..kehkehekeh
11. Geran khas untuk usahawan muda ICT dan Yayasan yang membantu melatih usahawan muda ICT. takde kena mengena lorh
12. Rebet RM200 smartphone 3G kepada belia berusia 21 – 30 tahun dengan gaji kurang RM3,000. Ini peluang yang baik kepada belia memaksimakan penggunaan smartphone untuk menghasilkan pendapatan sampingan seperti monitor saham BSKL, live blogging, monitor harga emas dan perak, monitor bisnis online dan sebagainya. eh2..yg ni memang bekenaan dihati dan ada peluang untuk rebut.. kena amik kesempatan neh.. "galaxy note2..tunggu taw tuanmu p belimu okey!!!"muahahaha
sekian..

Bila ada orang sentap time kau buat lawak

Assalamualaikum.. Lamanya la hai tak menaip kat sini... Sihat ke reader mak?? Ingt mak tak??  Ke dah lupa mak wujud ni?? Hahaha..  Mak maca...