23 March 2012

emperatiz

emperatiz jurado adalah seorang perempuan yang naif. dia telah jatuh cinta dengan lelaki penipu iaitu armando mendoza sehingga dia mengandung dan didapati bersalah atas kesalahan menipu walhal dia tidak bersalah. yang bertanggung jawab adalah armando mendoza. armando mendoza telah berkahwin dengan anak jutawan justo de real iaitu alma rosa. setelah melahirkan anaknya iaitu esther didalam penjara emperatiz dipujuk oleh ibu kandungnya untuk menyerahkan anak itu kepada armando mendoza. itu adalah terbaik untuk emperatiz bagi ibunya. namun setelah beliau keluar dari penjara, armando mendoza tidak menghiraukanya lalu dia pengsan dan keguguran anak keduanya. beliau didatangi menual leon dan berpakat dalam rangcangan menjatuhkan armando mendoza. rancangan dendam mereka berjaya dan mengheret armando kemuka pengadilan,dalam pada itu emperatiz sangat terdesak untuk mengetahui siapa anaknya yang di bela oleh armando mendoza bersama alma rosa. namun niatnya itu tidak kesampaian kerana alma rosa mati akibat serangan jantung dan armando mendoza mati bunuh diri. anak-anak mereka esther, elisa, dan elena telah berpisah. esther telah dihantar ke switzerland, elisa tinggal dirumah makciknya iaitu garciela kakak armando mendoza dan elena telah memilih untuk tinggal bersama atuknya, dalam pada itu emperatiz telah jatuh cinta dengan alejandro miranda bekas menantu justo de real. alejandro telah berkahwin dengan margarita adik kepada alma rosa yang mati kemalangan 3 tahun lalu. esther juga mencintai alejandro miranda. walau begitu alejandro miranda telah memilih isabel christina sebagai tunangnya kerana emperatiz adalah isteri kepada menuel. justo membuat rancangan untuk membalas dendam terhadap emperatiz kerana menyebabkan kematian anaknya alma rosa, beliau mengatur startegi merapat hubunganya dengan emperatiz seperti melantik menuel sebagai pengarah urusan disyarikatnya.setelah beberapa tahun esther, elisa dan elena membesar dengan sempurna dan emperatiz masih tidak mengenali anaknya, namun begitu sebelum elisa kerumah makcik untuk menetap disana, dia telah mengaku anak emperatiz kerana bapanya telah berpesan untuk membenci perempuan yang bernama emperatiz jurado dan membalas dendam bagi pihaknya. esther kembali ke mexico dan mencari cinta hatinya namun alejandro miranda bersama emperatiz tanpa pengetahuan isabel christina. elisa dirogol dan dituduh cubaan membunuh telah lari dari lokap dan sembunyikan diri bersama seorang doktor bernama mauricio.

* ok..sampai situ dulu sebab episod harini akan menyusul jam 9.00 mlm ni( siaran ulangan je tu)

No comments:

Bila ada orang sentap time kau buat lawak

Assalamualaikum.. Lamanya la hai tak menaip kat sini... Sihat ke reader mak?? Ingt mak tak??  Ke dah lupa mak wujud ni?? Hahaha..  Mak maca...