31 March 2014

hormon kurang stabil

assalamualaikum..
mak tak sehat lagik.. tapi bukan demam..just hormon tak stabil je..
sekejap ok sekejap tak ok
sat muka senyum sat muka ketat kekadang gelak kekadang marah2
hahahaha
huh!! macam mana nak declare tuh kan..  
macam mental pon ada kan..hihihihihi
walaupun hormon kurang stabil tapi makan lalu ya amat
tak tau cakap apa dah..asal ada makan..kalau takde pergi cari apa yang nak makan
aduh!! lelama memang mak wajib booooolaaaaat la jawabnye..
tapi mak nak stori ni..walaupon mak tak berapa nak ok
mak still lagi pergi and buat kerja.. sampai hidung pon berdarah dah tadik siap pening pulak dah
mak duduk kejap then staff lain bagi ais suruh mak tuam sambil mendongak
but selagi mak mampu mak buat
kalau dah tak mampu pandai2 la depa2 nak ganti kan
huhuhu
muka mak always la ketat semacam tadik
sampai boss pon tegoq "win,you tak sihat ke?" 
mak pon buat2 terkejut "eh..mana boss tau ni? " muka you tu pucat je" " hidung i berdarah tadi boss" "win,win..nape you tak amik m.c jer,buat apa susah2 bila sakit kan.." 
hmmmm...nampak sangat bos mak ni tak paham.. 
kalau la mak bole sesuka m.c kan best.. dulu2 mak tak kesah sangat kalau nak m.c pon 
tapi sekarang.... susah.. banyak mulut2 yang bercakap nanti..
azwin ni suka nyusahkan orang la, depa pon ada kerja hakiki yang kena buat la
azwin ni sakit sikit pon nak m.c bagai la.. macam2 la lagi kan.. 
mak sebenaqnya takmaw orang cakap belakang kan.. tapi hakikatnya manusia ni kan ada mulut and boleh bercakap ikut sedap depa je kan..so, mak redho nak!!!
mak bukannya tunggul kayu or kereta or batu bata or henpon yang takde hati dan perasaan kan..
seredho-redho mak ade jugak mak terkecik hati kan.. nak marah pon ada
tapi... siapa la mak ni kan.. hanya kuli je nak..sob..sob..sob..
petang tadik pon tak larat sangat so mak skip la masok keja..
lupa pulak harini last day.. otak ni dah mukalu tak sihat mula la tepu kan..so, tak hengat la kena p tutup akaun bagai.. aduh!! dah kena jawab quirie pulak la nanti..
takpe la nak, selama mak keja ni mana pulak mak lupa kan..harini je bole pulak tak hengat
hehehehe
.
.
.

takde mekap2 dah ni hah.. pucat kan... sedey kan..sob..sob..sob..muka macam orang sakit sangat kan.. huhuhuhu

nota pucat : nak cari magnum gold la..... teringin sangat ni..pastu nak onde-onde..tu je nak cite
                                                                                                                                             

29 March 2014

pagi sabtu yang kalut

assalamualaikum.. salam pagi sabtu.. mak kalut sikit pagi ni sebab dah la bangun subuh gajah,
 hasben mak pulak oncall pagi ni..malam tadi dia berungut hari sabtu kadang2 kedai makan tak bukak untuk bekpes
dia keja pulak sampai pukul 3..jarang sangat kot dia dapat oncall weekend kan.. selalunya cuti
tapi dah orang bagi amik je..dapat lebih sikit duet ot bulan ni kan
inshaAllah
hasben mak dia kesian kot dia kata buat air je la nanti dia beli roti la kat kedai mamak..
tapi mak lagi kesian kat dia so, mak kalut kan diri ke dapur..
goreng megi.. kalut la jugak sebab jam pukul 7.35...
ting..tong..ketang..ting..tang..ketang
bunyi mak dok memasak..memula rebus megi sambil goreng telor
sambil potong2 bawang dengan cili api
potong sayur sawi then rendam sekejap.. tapis megi dalam penapis
dah start goreng bawang pastu bubuh segala bumbu yang ada
bubuh megi,sayur,kicap sikit..
kacau2...done!!
bancuh ayaq milo dalam tupperware..tak sempat nak buat dalam cawan sbab mak dengar 
hasben start motor...
larik!!!!!!!!!!!!!
amik bekas bubuh megi,kacau ayaq milo
pastu capai plastik
larik lagi!!!!
done
" dinda masak megi goreng kat kanda.." hahahahahahaha
"sempat pulak eh, ni yang sayang ni" mak tersipu-sipu malu nak..
"kalau dah sayang bak mai rm 100
nak p kenduri satgi"... hahahahaha
sekali terpaw dah..........
.
.
.

ok..tu je nak stori kat sini
semalam mak berdating bagai..
tengok wayang movie captain america
best la jugak..saja la lama dah tak tengok wayang kan..
last tengok movie iron man
itu pon dengan budak2 tu
hihihi
dan, sekian terima kasih

nota pagi sabtu : nak bersenang-lenang pagi ni..


25 March 2014

deep sadness

.
.
.
assalamualaikum... mak sedang menghabiskan sisa-sisa cuti yang ada.. esok dah kerja
sangat malas ok!! semalam mak jalan2 bawak parents in low.. 
balik jalan2 terdengar PM kita berucap dalam radio.. walaupun cakap omputeh tapi mak paham la sikit2 kan.. terdiam sambil tersebak sekejap.. 
perjalanan MH370 'berakhir 'di lautan hindi.. lautan hindi adalah lautan yang jarang orang sampai..sebab lautan ni jauh beribu batu jauh dari darat dan kedalaman lebih 36000 meter lebih..
so, tiada kemungkinan penumpang atau anak2 kapal yang terselamat..tapi ALLAH Maha Kaya.. 
semoga setiap persoalan yang timbul mesti terjumpa jawapannya 
InshALLAH.. amin
lepas tu pagi tadi dapat tau pulak pasal 529 orang pengikut ikhwanul muslimin dan dr morsi yang dijatuhkan hukuman mati oleh mahkamah syria.. semoga ALLAH melaknat pemimpin syaitonirajim itu..
amin...
ayuh umat islam!!! bangkit sekarang..siapkan dirimu dengan asahan tajam pedang 
semoga shahid menanti..amin
.
.
.
.


nota petang yang sedih : speechless 




24 March 2014

holiday sambil kira bajet

assalamualaikum dan salam pagi isnin.. 
pepagi dah lapaq kan.. mak sedang mengigit buah epal sambil nonton cite ombak rindu.. ntah berapa kali main kat tv taktau la kan.. ini bermakna mak sedang berholiday!!! yeay!! 
time2 cuti macam ni memang rasa bahagia sampai rasa nak terjun laut..hahahaha
ok..mak nak cite pasal percutian bajet mak bersama abam kesayangan beta.. hihihihi
selama ni mak memang susah nak kira bajet..sebab mak tak suka kira mengira ni
yang penting ada duet jalan..takde duet dok senyap2 kat rumah kan..tapi kali ni memang mak berkira sangat..
maybe sebab belum gaji lagi kan.. so pakai duet balance yang ada je..yang ada pon ciput sangat la pulak
tapi pergi bercuti jugak kot..hahahaha
dah alang-alang on leave kan..jadi kita enjoy!!! bak kata nora danish kan..ok jom sesama kita mengira bajet berapa yang habeh dalam percutian mak kali ni :
sebelum pergi 
mak dah membeli segala kudap-kudapan 
bagi memenuhi tuntutan nafsu makan ----------- RM 20.10 (beli dekat econsave kamunting je..jimat skit)

dalam perjalanan 
isi minyak kereta -------------------------------  RM 30.00 (nasib dekat je)
beli tiket feri (marina island) --------------------  RM 30.00 (untuk 2 orang sekali + jointmembers)
lunch ------------------------------------------- RM 11.40 (kira murah la jugak sebab amik lauk banyak)
parking kereta -------------------- ------------- RM 11.00 (untuk sehari semalam)
sewa motor -------------------------------------RM 20.00 (sewa kat jeti)
isi minyak motor-------------------------------RM 2.00

sesudah sampai kedestinasi
chalet ------------------------------------------- RM 120.00 (tak termasok breakfast)
surchagre---------------------------------------RM 10.00 (kunci bilik hilang..hihihi)
satey ikan --------------------------------------- RM 10.00 (3x)
cucuk-cucuk ------------------------------------ RM 2.40 (2 batang je beli sambil gigit sambil balik chalet)
kayak ------------------------------------------- RM 20.00 ( untuk 2 orang dalam sejam)
dinner (seafood)--------------------------------- RM 44.00 ( menu : ikan siakap bakaq dengan sotong                                                                                                     goreng tepong..sotong dia besaq gedabaq                                                                                                     baq ang)

keesokkan harinya
breakfast --------------------------------------------RM 11.50 (nasik lemak + american toast + tea ais)
hopping + snorkling -----------------------------RM 40.00 ( berapa jam pon tak kesah dik nun oiii)
satay ikan -----------------------------------------RM 50.00 (beli sikit je..untuk makan sendiri.. dah kata                                                                                                   bajet kan...hihihihi)
lunch ----------------------------------------------RM 11.00 (mahal..lauk tak banyak tapi cekik darah!!)
minuman------------------------------------------RM 5.30 ( beli air tebu tepi jalan + mineral water dekat                                                                                                shell)

dalam perjalanan balik
beli kerang ---------------------------------------RM 4.00 sekilo ( balik rebus makan dengan nasik )

total
semua sekali ------------------------------------RM 452.70

ok..apa macam?? sangat mengira bajet kan?? hahahaha..
tu la kan.. bercuti berdua je pon..kalau ramai mak rasa memang tak pergi dah..
layan gambo pulak eh..
.
.



.








 .
.
.

 ok..tu je nak stori harini.. dah nak keluar jalan-jalan cari makan la pulak.. lapaq sangat dah ni
jumpa lagi..babai..

nota isnin yang cuti : bercuti di pulau pangkor yang sangat bajet tapi best..alhamdulillah.. selamat semuanya.. amin...




21 March 2014

dapat idea


 assalamualaikum dan salam jumaat..
mak happy sangat harini sebab perut penuh dengan makanan..
rezeki jumaat kot bila ada orang belanja
homemade megi bandung.. mak bahagia sangat bila takyah susah2 pi bandung semata-mata nak makan megi bandung kan..ok..itu merapu!! hahaha
dalam keadaan sekarang yang dah macam melepak atas tesco je mak pon godek-godek la my pc yang setia didepan mata ni.. tetiba-tiba mak dapat satu idea..baguih punya idea..
 hahahaha
idea menamakan anak-anak mak..
 hahaha.. mak bajet anak 3 jer..takmau demand sangat
sampai nak sepuluh sebelas kan.. 3 cukup!! itu pon taktau bila nak dapat kan..
huhuhuhu
ok berbalik pasal idea mak ni kan...mak ingat nak bagi sendiri nama-nama dorang
cewaahhhhh.. nak bagi sendiri tak tahan tuh..bapak punya tak sabaq kan..opsss!!
almost 7 years ok..sob..sob..sob..
ok nama-nama tersebut adalah...:-

i) ahmad fateh bin hamizan
ii) ahmad waseem bin hamizan
iii) ainur marha binti hamizan

Amacam?? Cantik tak nama-nama tu.. ada sikit-sikit macam nama orang arab kan?? Alorh.. mak nak jugak ada bunyi arab2 kan.. ingat hampa ja bole bunyik arab ke?? Hahahahaha
Untungla sapa jadi anak mak.. nama dah arabian,muka pon mak rasa ada jugak2 ala2 arabian jugak kot..
Nampak benor perasan nak mampos kan..
Hikhikhik
Ok.. time's up!!
See ya!! Bye.......eh lupa jumaat da..
Assalamualaikum......

Nota jumaat : tak sabaq nak jalan-jalan esok..



19 March 2014

alkisahnya....

mak : hang goreng ikan yer ngah..mak nak mandi sembahyang sat
angah : orait...
mak : hang boh garam jangan masin sangat..(dalam bathroom dah tu)
angah : yer la mak. (sambil tengok ikan kat dalam singki)
mak : kelar-kelar sikit ikan tu pastu basuh dulu kuali bekas mak goreng sayoq tadi, satgi kalau tak basoh takot melekat.. 
angah : ye mak!!!! ( ini dah lebih..macam budak sekolah pulak mak layan aku ni!!)
mak : hang jangan lupa tengok api taw..
angah  mak mandi cepat mak..maghrib dah nak habes...
mak : krik..krik..krik.. (senyap dan sentap kot)
angah : hahahahahahahaha.. diam pon..

assalamualikum peep!! buat apa tuh.. mak?? alhamdulillah kenyang sesangat dah..tadi dah siap babai abam kesayangan beta pegi kerja.. kerja malam daaa...mak tidoq sengsorang la malam ni.. tengah usha-usha line ni.. kalau berani sorang la mak dalam bilik..kalau kurang berani mak angkot segala mak nenek bantal tidoq kat luar dengan mummy and daddy.. hahahaha.. dasar bebudak sekolah!! dah tua bangka pon nak tidoq celah ketiak makbapak lagi..ape daaaa...
dialog kat atas nun berdasarkan kisah benar.. hahahaha.. dah tak pasal2 kisah ni diupdatekan dalam blog..
alorh..lantakla kan..ini blog wa yang punya leiii..so.. ikut sukati wa meh!!! hihihi
kalau tanak baca,sila ke blog orang lain yer..mak tak kisah nak!!!! 
ok..mak cuma ditugaskan goreng ikan setelah mummy masak asam pedas ikan tenggiri yang super duper mabelesss...tapi yang tak bestnyer siap berpesan-pesanan lagi.. "mak..anak mak ni nak goreng je pon..itu pon 2 ekor je mak.. takyah risau sangat la..anak mak dah boleh berdiri atas kaki sendiri okeh!!!!" mak bermonolog sendiri sambil geleng2 kepala sementara tunggu minyak dalam kuali panas...
aduhhhh..hehehehe.. kalau cite kat orang pon mesti orang akan pikiaq mak ni still budak remaja atau versi orang kampung "anak dara" hahahahaha...
dah diorang layan mak macam budak-budak jadi dah terbiasa berwatakkan budak-budak kan.. muka pon ala2 baby face...glupppp!!!! mak perasan je tu nak..hehehehe
ok la..sampai disini saja mak berblog..inshAllah kita jumpa lagi..
babai.....



muka kami adik beradik macma copy paste kan??? ala2 baby face kan?? baby pon kalah kan?.. hihihihi





17 March 2014

bila takde apa nak update

assalamualaikum kawan..sihat ke?? mak sihat jer..hmmmmm.. ok panjang sangat kan hmmmmm tuh..hihihi
mak sebenarnya tak apa nak update..saja je la menaip bagi mengisi masa lapang,
 lapang sungguh time mak ni taw,sampai rasa bohsan pulak bila terlampau lapang kan..naseb la my lappy setia sepanjang masa..
tadi dekat opis takde internet..punya la bohsan nak mampos kan.
ok..idea pon tak datang2 sampai la ni..sampai sini je kot mak bersiaran..
macam otak ni dah tepu dah ..hahahaha
inshAllah nanti mak update lagi yer stori best2..
babai...

.
.
.
.



nota sambil tunggu abam jebat muncul : rindu alisha sayang dengan abam ammar ler..

14 March 2014

senyum sokmo

.
.
.
.


mood petang jumaat : nak balik sebab nak senyum kat anak2 kucing mak...hihihihi

13 March 2014

ada apa dengan pakcik BOMOH 1MALAYSIA?

assalamualaikum.. ok sekarang ni kecoh pasal pakcik bomoh tu sampai orang ramai terbawak-bawak buat parody menyesahkan pakcik dan teman-teman dia..
 mak terkesima sampai rasa macam bodoh sangat kot kalau siapa yang percaya pakcik tuh.. 
aduh!! terdesak sangat ke pakcik nak cari publisiti?? 
sangat sakit hati bila non muslim pon dah terikut-ikut buat parody dengan menyebut sebijik-sebijik apa pakcik tuh baca.. sampai ada mamat bangla dengan kawan-kawan dia pon tak terkecuali buat video parody tuh..bukan ke dah jadi menda lawak bila mempermainkan ayat-ayat suci Al-Quran dan Zikrullah??
apa nak jadi dengan malaysia sekarang.. 
mungkin disebabkan tindakan BODOH BOMOH tu Allah tak bukak jalan lagi untuk kita jumpa balik pesawat MH370?? macam-macam usaha dah kita buat, 
tapi sikit pon Allah tak tunjukkan jalan malah ada yang jumpa serpihan la 
dengar bunyi dentuman kuat la pesawat terbang rendah la tapi sumber-sumber tuh macam tak berapa nak betol jer..ish..ish..ish.. dunia..dunia.. kan..
malaysia dah jadi macam persembahan badut dha.. semua pakat dok gelak.. 
buat malu jahhhhhhhhh
layan gambo pakcik bodoh tuh sat..eh silap pakcik bomoh!! 
.
.
.


aksi yang sangat memalukan dan jatuh syirik..
 nauzubillahiminzalik dan jauhkanlah kami dari syirik yang sangat menyesatkan ini Ya Allah..amin....



nota memalam sambil layan evaluna @134 mustika HD : mak lapaq nak!!! oppss..hehehe..jom layan cloud9 overload jom..hihihi

12 March 2014

kisah orang tak lalu makan

assalamualaikum.. start from monday mak memang diketegorikan sebagai orang tak sehat
tapi punya la bersungguh nak pergi kerja jugak.. habes segala ubat mak telan..nak baik punya pasal kan..
memula pagi isnin diarrhea, sekotak pil cikiteon habes, petang mak demam pulak..
mak telan paracetamol 2 bijik sekali telan.. cuma demam kali ni mak demam tak lalu makan.. hmmm..
kompius giler mak..selalunya demam la macam mana pon makan tetap nombor satu..hahaha
nafsu makan kalah orang lain kan.. tapi habes jugak la nasik sebumbun..hahahahaha
tengahari tak makan kan..so, mak hentam makan nasik malam tuh.. orang demam tu kan...
kalau tak demam maw 3 pinggan mak makan..
selasa pulak mak masok kerja lambat sebab demam makin menjadi-jadi.. petang mak off.. off buat sendiri..
hihihi.. malam sikit mak dah ok sebab mak telan paracetamol jugak..
pagi tadik pulak mak dah ceria balik..tidak ke muka asal orang tegoq sikit ketat la kan..
last-last boleh pulak sempot.. wah.. berkait-kaitan sungguhkan.. ok lupa pulak nak cite, still tak lalu makan tapi..tapi tu wajib ada dalam ini entry ya.. habes 2 pinggan nasik berlaukkan asam pedas ikan pari walaupun mak tak makan ikan pari,mak makan telur jer.. hihihihi
petang tadik mak hentam kotiew sup siam semangkok besaq..makan dekat kedai.. hambik kau!!!
sangat tak lalu makan kau.. terkejut tak?? sekarang ni mak dok gigit kueh cucuq keria 3 ketol.. 
hampa mesti pelik kan.. tajok kalah orang tak lalu makan nak mampos
tapi kan....hahahahaha
itulah saya!!!!!!

naseb la abam sebelah ni setia memahami bini dia yang kuat
 makan walaupon tak lalu la sangat kan..
tak lalu dimulut tapi diperut bapak punya selera walaupun tak sehat..
caption paling panjang..hihihihi

#alhamdulillah sekarang dah sehat..syukur nikmatMu Ya Allah..

10 March 2014

holiday at penang island

assalamualaikum.. mak nak stori pasal weekend lepas..selain dari berita misteri kehilangan pesawat MAS MH370 boeing 777 sabtu lepas yang memang paling misteri diseantero dunia, semua pakat tolong cari MH370 ni.. ntah la..mak pon macam hilang punca bila memikirkan situasi sebenar kan.. ok.bukan pasal tu yang ma nak stori kat entry kali ni..
disebabkan mak baik hati so, mak bawak famili jenjalan ke penang island.. 
ni time kedua la mak lalu jambatan kedua tuh.. 
mula2 kitorang singgah sunshine area bayan baru untuk makan nasik ayam dekat restoran nazir cafeteria..
dapat jugak la merasa sebab dah lama giler kot tak rasa..
hehehe..
lepas makan bagai..kitorg zolat zohor pulak dekat masjid terapong batu feringghi.. 
.
.
.

alisha sayang tak mau dok diam tau..
habis solat kitorang teruskan perjalan ke TAMAN RAMA-RAMA.. sekali rate masok dia sorang RM 18.00!!! pastu macam refuse sikit la nak masokkan.. masing2 buat muka seposen je termasok si ammar tuh..
dok penang 14 tahun pon sekali tak pernah masok budak2 ni.
tak paham betoi la mak..


punya la mak beraksi sopan,sekali cer tengok si aisyah dengan si ammar..ish..ish..ish

si ammar yang sakit perut..
 so, finally amik gambo kat luaq je la jawabnya.. alhamdullilah sampai jugak akhirnya kan..
pastu kitorg pon pusing2 lagi..sampai TOY MUSEUM.. kat sini pon rasanya kali kedua jugak la masok..
cer la cari entry yang lepas2..
(kot-kot la nak baca kan..tanak baca dok diam2 sudaaa) hahahaha

cinta hati mak..

captain america

si ammar try jadik spiderman..

gorila mengganas...hahaha

ok tu je nak stori..panjang2 satgi kot jemu pulak nak bacakan.. pada sesiapa yang skodeng blog mak ni
ringan2 la tangan tu follow yer..nampak la ada jugak orang baca kan..
hihihihi.. giler perasan eh.. hahaha..ok la ok la.. tanak follow komen la sikit kan.. mak senang hati nak membalas komen uooollllllzzzz...hahahahaha
babai...

nota memalam sambil tengok jebat : diarrhea plus demam manja..tadi pergi kerja sambil buat muka ketat, petang sesuka hati tak masok kerja sebab tak larat...opppssss.. mak pening ok!! hihihi

09 March 2014

#pray4MH370

assalamualaikum..
weekend paling sayu sikit la..sebab pesawat MAS hilang.. hmmm.. semoga keluarga siapa yang terlibat dapat bertenang dan bersabar... hanya Allah yang mengetahui 
kenapa,bagaimana,apa dan bila benda macam ni terjadi? 
kita hanya mampu berdoa dan bertawakal.. inshaAllah kalau ada rezeki jumpa la balik pesawat dan penumpang pon selamat.. amin
.
.
.
.


nota sayu : semoga Allah memberi petunjuk dan penyelesaian juga nanti..amin..

06 March 2014

si aisyah



Assalamualaikum.. semalam mak terlayan si aisyah berhangouts.. ish..ish..ish. kecik-kecik pon dah pandai beremo bagai.. kecik?? Dopbelas tahun tu bagi mak kecik lagi la kan... hihihi.. yela.. sebenaqnya mak perasan jugak yang mak asik layan si ammar dengan si alisha je..hmmm... tapi kalau bab-bab yang si aisyah ni suka mak memang teringat kat dia.. hahaha


Espesili time mak makan gulai.. dia memang suka gulai.. anak jati penang la kata kan.. pastu ayam masak merah.. peberet dia tu.. satu lagi.. dia suka tengok cite hindustan.. kalah mak ok!! Hahaha.. ok la kak senah, mak bedah, pak abu.. mak nak sambung tengok karot komedia sat.. sambil-sambil layan blues... hehehe

Nota karot komedia : letih melayan anak-anak serta mak kucing tadi.. (mak kucing nama tompok, anak-anak dia tak tau lagi..) huhuhu

05 March 2014

hati berbunga-bunga




assalamualaikum.. mak sangat senang hati ini hari.. itu pasal la taip blog time-time macam ni.. hahaha
ini minggu ingat nak jalan-jalan sambil hirup udara segar
tapi tak tau lagi hala tuju.. ingat nak pegi pantai..lama dah rasanya tak jejak kaki tepi pantai sambil bermandi-manda.. hihihih.. buah hati pon balik sebab mak bapak dorang ada seminar dekat kolumpo
so, mak dengan senang hati la nak bawak depa jalan-jalan kan..
tu je nak stori kan sini..
inshaallah nanti mak update lagi.. babai

nota hati berbunga-bunga sambil korek hidung depan kaunter : hahahahaha.. sungguh tak senonoh kan..!!!

04 March 2014

dah bertunang

Assalamualaikum sahabat.. entry kali ni mak nak stori event bulan lepas..
meriahnya bukan kepalang lagi.. majlis pertunangan adik mak.. simple but nice..cewah.. 
dah tunang dah makcik tu..setahun lagi inshallah kawen ler.. hehehe
Ramai jugak la yg hadir memeriahkan suasana termasoklah keluarga mentua mak.. bangga la sangat kan.. 
si anis tu jadi camera girl, si aisyah jadi orang dapor membasoh segala mak nenek pinggan mangko, si ammar jadi tukang sebok,si alisha dok berkawan je dengan budak2 yang ada.. hehehe
Masing2 ada tugas kan.. seronok tapi penat nak mampos..hahaha
Alhamdulillah la majlis berjalan dengan lancar dan selesai dengan baiknya.. 
Ok.. layan gambo je la eh..
Nak solat magrib dah ni..
Jumpa lagi di next entry inshallah.....
.
.


Mak dah macam badot bila sesekali terover make over..hihi
Alisha sayang nak masok dalan perot ummi balik ke ni..
Caption : we are sbilings.we are everything.we Love each other very much!!!
Mak tengah geget agar2 time ni kot..hahaha.. lawak plak buat mulut macam tu
Selamat datang bakal adik ipar.. ni ler orangnya
Rupa boleh tahan..perangai? Belum tahu lagi.....
Hehehe
Mak berangan ada anak 3 orang.. alisha sayang macam.......
Geram je kan baby medina sayang ni eh..
Mama medina sepupu mak..
Nota bawah : ibu jari belah kiri sakit sebab jam en suami yang bapak punya besaq jatoh terhimpap atas ibu jari mak.. nangis!!!

Bila ada orang sentap time kau buat lawak

Assalamualaikum.. Lamanya la hai tak menaip kat sini... Sihat ke reader mak?? Ingt mak tak??  Ke dah lupa mak wujud ni?? Hahaha..  Mak maca...