27 June 2013

Peristiwa Akhir Zaman Mengikut Urutan

akhir


Sebagai umat Nabi Muhammad (SAW) kita harus bersedia untuk mengkaji memahami dan menghadapinya. Bangsa lain sudah terkehadapan dan bersedia terutamanya pengikut Dajjal. Tetapi kita masih berselisih faham. Walhal pada hakikatnya kita hanya mahu menjadi insan yang bertaqwa tanpa sifat takbur, riak, sombong, kedekut, kikir, hasad dan lain lain sifat yang merosakkan amal kita untuk mencapai taraf taqwa. Peristiwa Akhir Zaman yang berlaku adalah untuk peringatan kepada umat Islam bahawa kiamat itu hampir dan akan tiba.







Nabi Muhammad s.a.w dilahirkan
1.1 – Islam ditegakkan semula
1.2 – Hijrah Rasulullah ke Madinah
1.3 – Dakwah Rasullulah
1.4 – Peperangan Rasullulah menentang kafir
Kebangkitan Khalifah
2.1 – Wafatnya Rasullullah
2.2 – Khalifah Islam menjadi pemerintah di mukabumi (Othmaniah, Nusantara, Andalusia, Benua Arab, India, Cina)
Kejatuhan Khalifah
3.1 – Kebangkitan Revolusi di seluruh dunia
3.2 – Perang Dunia 1 dan 2
3.2 – Kebangkitan pengaruh dan agenda Dajjal
3.3 – Umat Islam berpecah-belah.
3.4 – Agama Islam dan agama yang lain dirosakkan secara halus melalui pelbagai fahaman.
3.5 – Kekerapan Gempa Bumi meningkat.
3.6 – Umat Islam mengikut telunjuk Yahudi Nasrani hingga ke lubang biawak
3.6 – Penzinaan berleluasa
3.7 – Ramai anak Derhaka kepada Ibu Bapa
3.8 – Agama bergerak secara individual dan bukannya kesatuan
Perang Dunia Ketiga
4.1 – Semua agama bergabung menentang Islam secara peperangan
4.2 – Agama Islam dirosakkan – memisahkan syariat dan hakikat(roh Islam)
4.3 – Kemarau panjang
4.4 – Umat Islam ditindas dengan kejam kecuali mereka yang kafir/munafik
4.5 – Pergilah menemui panji-panji hitam di kawasan bersalji dan bergunung ganang
Disaat ini Dajjal dan pengikutnya masih menyembunyi kerja tangan mereka didalam semua peperangan.Manusia berperang kerana nafsu dan saling tuduh menuduh. Manusia berperang dengan sebab musabab yang tak munasabah dan motifnya.
Bala Bencana
5.1 – Bumi bertukar wajahnya akibat bencana
5.2 – Puak mukmin membawa diri ke gunung-gunung.
5.3 – Umat Islam mukmin yang hidup hanya 12000 lelaki, 7000 wanita..wallahualam
5.4 – Makanan berkurangan. Makanan muslim hanyalah zikrullah
5.5 – Berdoa supaya mati dari hidup yang teramat sengsara.
5.6 – Bencana melalui 4 unsur. Tanah / Air / Api / Angin. 2/3 penduduk dunia mati.
Khalifah Islam Dilantik
6.1 – Dilantik oleh ulama-ulama muktabar di Mekah ketika musim haji
6.2 – Umat Islam huru hara tanpa ketua – perasaan keluh kesah
6.3 – Puak Bani Hashim, Bani Tamim, Haris Al Harasth, Al Kalb(Golongan yang membantu Khalifah Islam memerangi kafir)Al Sufyani adalah golongan Islam MunafikPeperangan Armegeddon (Al Mujjidun – sebuah padang rumput yg luas)
7.1 – (Islam + Kristian) vs Yahudi. Pakatan Islam + Kristian menang
Peperangan Islam Dan Kristian
8.1 – Berlaku apabila tentera salib mengatakan kemenangan kristian didalam peperangan armegeddon dan mereka berhak memerintah bumi
8.2 – Islam menang dibawah Khalifah Islam
Disaat ini Dajjal dan pengikutnya masih menyembunyikan dirinya
Pemerintahan Khalifah Islam (7-9 tahun)
9.1 – Rezeki melimpah ruah
9.2 – Haiwan Liar menjadi sahabat
9.3 – Tiada orang yg sudi menerima zakat
9.4 – Bumi mempamirkan kecantikkannya
Bangkitnya Dajjal (tenteranya/70000 org dari Isfahan/Iran)
10.1 – Turunnya Nabi Isa
10.2 – Nabi Isa bersolat berimamkan Khalifah Islam di Al Aqsa
10.3 – Cairnya wajah Dajjal tatkala melihat Nabi Isa
10.4 – Matinya Dajjal di tangan Nabi Isa
10.5 – Peperangan Khalifah dan Nabi Isa menetang Yahudi
10.6 – Pokok/batu bercakap jika yahudi berselindung
10.7 – Kemenangan untuk Islam
Wafatnya Khalifah Islam (Nabi Isa menjadi Khalifah di muka bumi selama 40 tahun)
11.1 Semua manusia wajib menerima Islam.
11.2 Pembunuhan babi di muka bumi
11.3 Turunnya Yaajud Maajud dari ‘atas’- sukar difahami maksudnya
11.4 Nabi Isa membawa Umat Islam ke Bukit Tursina dan berdoa untuk selamatkan Ummah dari Yaajud Maajud
11.5 Kematian Yaajud dan Maajud melalui wabak penyakit. Bumi menjadi busuk
11.6 Hujan Lebat membawa mayat Yaajud Maajud ke laut membersihkan bumi.
Wafatnya Nabi Isa
12.1 – Makamnya di sebelah makam Nabi Muhammad s.a.w
Kiamat Bermula
* Al Quran diangkat
* Nama Allah tidak disebutkan lagi
* Gempa Bumi Tiga penjuru
* Keluarnya Binatang yang berbulu berkata-kata
* Penzinaan di tepi tepi jalan/pasarraya
* Asap dari bumi
* Musnahnya Makkah dan Baitullah
* Semua Umat Islam dimatikan
* Matahari Naik di sebelah Barat
* Api dari barat. Manusia berbondong-bondong kearahnya
Kiamat Kubra : Pengakhiran masa / Pengakhiran kehidupan makhluk
* Berkecainya alam semesta – bumi dan planet planet
* Mati sekalian manusia, jin, iblis, syaitan
* Mati sekalian Malaikat dan yang terakhir adalah Izrail
* Mahsyar
* Dimanakah kita?

21 June 2013

Zikraa - Tafakur (Lirik)



salam.. petang hening ni masih menunggu waktu punch card out sebab nak hampir jam 5..
layan nasyid ni rasa sebak pulak.. dosa banyak seperti buih dilautan...
semoga Allah mengampuni dosa-dosaku..amin...

19 June 2013

kadang-kadang

salam.. kite suka sangat berblog kat tempat keja..sebab alasan yang paling best tak payah susah2 nak bukak laptop,tunggu loading,tunggu button wireless kelip2, baru la boleh buka google,pastu kena tunggu lagi sebab laptop lama...hehehehe.. kalau kat tempat keja memang mengadap komputer so pukul 8 pagi bukak pukul 5 tutup. balik rumah.. dah!!senang keja kan.. hehehe...tp awas jangan pandai2 kata kite ngulat eh sebab kite kan pandai membahagikan masa antara keja atau duduk saja.. kadang-kadang......

kadang-kadang

kadang-kadang kita alpa
kadang-kadang kita ingat
kadang-kadang kita berbuat dosa
kadang-kadang kita berbuat pahala
kadang-kadang kita diduga
kadang-kadang kita dimanja
kadang-kadang kita diuji
kadang-kadang kita menguji
kadang-kadang kita lapar
kadang-kadang kita kenyang
kadang-kadang kita lemah
kadang-kadang kita bangkit
kadang-kadang kita bermimpi
kadang-kadang kita berlari
kadang-kadang kita mengalah
kadang-kadang kita menyerah
kadang-kadang kita memberi
kadang-kadang kita menerima
kadang-kadang kita sedar diri
kadang-kadang kita lupa diri

sekian...........
                                                                                                             
                                                                                                                                 -23111983-



18 June 2013

15 Fakta Menarik Tentang Tidur

salam.. kite nak cite pasal tidur..
Perkara yang berlaku ketika tidur: Otak berehat, sel-sel rosak diperbaiki dan mengeluarkan hormon-hormon tertentu.
2. Masa tidur bergantung kepada umur iaitu:
bayi: 16 jam
3-18 tahun: 10 jam
19-55: 8 jam
lebih 55: 6 jam
3. 70% dari mimpi seorang lelaki adalah tentang lelaki yang lain dan 30% tentang perempuan manakala bagi seorang perempuan, 50-50 tentang lelaki-perempuan lain.
4. Selalunya kita hanya akan bermimpi tentang seseorang yang kita pernah lihat tidak kira sama ada masih ingat atau tidak.
5. Parasomia atau dalam istilah kasar nya ‘tidur berjalan’ banyak dilaporkan dan selalunya terlibat dgn beberapa jenayah seperti Memandu ketika tidur, menulis cek tendang, pembunuhan, penganiayaan terhadap kanak-kanak, dan yang paling buruk sehingga boleh merogol orang.
6. 12% daripada mimpi kita selalunya adalah black and white. Peratusan ini pernah menjadi sangat tinggi suatu ketika dahulu sebelum TV warna dicipta. Kaitannya, TV juga mempengaruhi mimpi anda.
7. Bermimpi adalah normal tidak kira ianya mimpi ‘indah’ atau ngeri. Mereka yang tidak bermimpi selalu dikaitkan dengan masalah personaliti.
8. Posisi anda tidur boleh menunjuk personaliti anda:
a. Bayi: seorang yang kasar tetapi hati yang sentiasa terbuka.
b. kayu balak: suka bersosial
c. Mengiring biasa: suka berpura-pura untuk nampak seperti boleh diharapkan
d. Baring menegak: Boleh dijadikan tempat mengadu
e. Meniarap: menghiburkan
f. Starfish: pendengar terbaik
9. 1 daripada 4 pasangan tidur di katil berasingan
10. Tentera British adalah yang mula memperkenalkan kaedah untuk tidak tidur. dengan menggunakan cermin mata istimewa itu, apabila seseorang menjadi mengantuk, sinaran secerah mentari pagi akan memancar ke mata pengguna dan menyebabkan mereka terasa ingin bangun semula. kaedah ini boleh bertahan hampir 36 jam lamanya.
11. Mamalia yang paling lama tidur adalah Koala (22jam), Kelawar (19jam) dan tenggiling (18 jam) manakala mamalia yang tidur paling sekejap pula adalah zirafah (2 jam), rusa (3 jam) dan gajah Asia (3 jam lebih sikit).
12. Apabila Dolphin tidur, hanya separuh otaknya akan nyahaktif, lagi separuh digunakan untuk membantu proses pernafasan.
13. Tanpa makanan, manusia boleh hidup selama lebih kurang 14 hari, tetapi tanpa tidur, manusia hanya boleh bertahan selama 10 hari.
14. Orang yang buta juga bermimpi. mereka yang buta semenjak lahir akan bermimpi dari segi emosi, bunyi, bauan dan sentuhan.
15. Selepas 5 minit terjaga, anda akan terlupa hampir 50% dari mimpi anda malam tadi, dan selepas 10 minit, 90% akan hilang.
so, dah tahu ker?? bagusss... jumpa lagi nanti..

13 June 2013

Ella - Tiada Tangis Lagi (HQ Audio)




Lirik Lagu Tiada Tangis Lagi - Ella


Engkau jadi kenangan dalam hati
Terlalu lama engkau pergi
langit masih disitu
Alur nan biru
Memayungi taman kalbu


Kiambang menjadi lambang
Kau bagai bayang-bayang
Kini kuterbuang



Di danau tenang selalu
Seolah tidak tahu gelora di hatiku
Selama hayat ini kusimpan rahsia hati


Kukenang masa nan lalu
Terasa pilu
Ke mana harus ku mengadu


Kiambang menjadi lambang
Kau bagai bayang-bayang
Kini kuterbuang


Di danau tenang selalu
Seolah tidak tahu gelora di hatiku
Selama hayat ini kusimpan rahsia hati
Di sini kuberdiri
Tiada tangis lagi


#layan lagu ni petang yang rilek..

12 June 2013

my journey has just began...

salam.. tajuk omputeh pulak harini.. takpe la.. sekali sekala kan.. 
perjalanan untuk dapat anak.. 
perjalanan dengan kerjaya sekarang 
perjalanan dengan masa yang panjang.. 
semua lah kan.. 
begitulah menjadi manusia walaupun dah lama hidup tapi kadang-kadang
masih dibawah.. hanya merangkak untuk naik keatas.. 
ada yg pakai tangga ada yang pakai lift.. semua itu bergantung pada nasib dan takdir.. 
cewaaaaahhhhhhh.. 
berfalsampah pulak mak ni kan.. bak kata pepatah mak sendiri...
"hanya berusaha untuk naik keatas walaupun merangkak. bila matahari cuba menampakkan dirinya dari situ aku mendaki.. pabila matahari mula melarikan diri dari situ la aku berhenti.. 
betapa payahnya hidup namun tetap ku gagahi juga"
 kihkihkih...
biarlah waktu berlari pantas, biarlah mereka bahagia, biarlah hujan turun dibumi, biarlah hidup bagai roda 
perjalanan ku baru saja bermula.....


#menarik nafas panjang

07 June 2013

kalau anda dapat RM 1000000.00?

hehehehe.. best tak entry kali ni.. best kan?? kalau kite dapat duet sebanyak itu dah memang satu anugerah tak terhingga sebab memang mengidam nak dapat banyak tuh.. hehehehehehehehe.. kalau la hidup ni macam cite hindustan kan best...blackmail orang dan2 dapat 10 juta.. culik budak2 pon boleh dapat 20 juta kan.. tapi realitinye yg seperti diatas kalau kt malaysia dah sah2 kena sumbat dlm jail sebab perbuatan tu menyalahi undang2.. beli nombor ekor pon yg selalu org malaysia buat tapi jarang2 la dpt sampai 1 juta yg ada pon mesti dicukaikan terlebih dulu.. haahahahaha.. itu semua cara yg salah dan melanggar hukum agama. 
yang betulnya adalah kalau kita simpan or menang dalam peraduan gores dan menang... hehehe.. kalau simpan tu macam tak logik kan sebab nak dapat 1 juta dalam masa setahun kalau simpan rm 200 sebulan memerlukan 5000 bulan untuk dapat hasil nya.. itu bersamaan dengan 416 tahun.. hahahaahahaahahaha.. kite buat perbandingan dengan gaji yg kite dapat dan hanya boleh simpan rm 200 je sebulan.. kalau lebih memang i makan megi je la hari2.. so, peraduan gores dan menang plak macam judi jer.. sapa bertuah dia dapat.. dengan hanya bermodalkan tak sampai sepoloh ringgit anda dah boleh masok peraduan ini.. kalau peraduan lain yg grand prize nyer kalah mak datok punya saving sebulan dah sah2 la modal dia pon bak kata pepatah menang membeli menang memakai la kan.. so kalau anda dapat ganjaran seperti itu apa yg anda perlu buat dulu. nanti kite sambung eh.. salam...

# Break For Hi-Tea Time .. (terbayang homemade lepas pisang... balik kena cari pisang nih.. esok nak buat lerrrr..hehehe) 

                                                                                             - to be continued...........

06 June 2013

semalam di bank muamalat

salam.. semalam kite pergi bukak akaun muamalat sebab dengar citer ada grand prize sampai ringgit malaysia 1 juta.. tu yg cepat2 pergi bukak.. tapi tu la kan.. rezeki kite tak nampak mana nak taw tetibe pulak dorang tepon suruh p amik cek bernilai sebanyak yg diatas.. maw pengsan empat lima enam tujuh kali tuh kan.... pas pengsan pengsan balik sedar pengsan balik.. lelama pengsan2 tak bangun2 dah kes naya la.. hahahaha
tak dapat nak merasa duet 1 juta tu kan.. mintak2 la panjang umur dan dapt menikmati grand prize tuh.. kehkehkehek.. berangan tak salahkan???

kite nak citer time kat sana.. punya lambat proses dia even customer tak ramai.. pegawai2 bank tu pon banyak yg dan separuh umur ok.. hahahaha.. perasan muda la sgt kan... sat panggil nama sat suruh duduk sat suruh tunggu kat kaunter sat suruh duduk balik.. fuhhh.. naseb dalam ekon kalau kt tgh panas maw sound direct je kat pakcik2 tuh.. hahahaa.. bahasa kurang sopan pulak mak taip kan.. pastu nak dekat last2 proses mengisi borang online siap tanya lagi dah kawen ke belum.. memula tanya gelaran mak dah gtaw puan, kalau dah puan dah sah2 la dah kawen betoi x?? kahkahakaha.. pastu tak cukup sorg ade pulak pakcik lain yg tanya dah kawen ke belum..letih nak jawab dengan bangga mak dah kawennnnnn..hahahaha.. ade mamat yg muka ala2 cm retis tuh tgk semacam jer.. mentang2 la mak bangga dia puak tgk laimn macam.. segan pulak mak nk bertentang mata ngan dia kan.. mak bajet retis juga dowh.. pastu siap then terusla mak tanya bila nak panggil bagi grand prize.. hahahaha.. soklan budak darjah 1 beb.. pakcik tuh kata kalau ade rezeki depa panggil la.. tak dapat grand prize pon dapat saguhati.. dengan muka cm xpuas hati sambil bertanya soklan " dah tuh dpt saguhati pon depa tepon ke tak kat saya ni" hahaahaha.. bengong sejap.. HQ KL akan tepon,.. tak sabaq nak tgu dapt rezeki neh... semoga kita dapat grand prize tuh.. aminnnnnnnnnnnnnn

#sambil menaip sambil terbayang apa nak buat kalau dapat 1 juta tuh.. yg penting kena bayar hutang sampai habeh..

05 June 2013

isnin dalam kerisauan

salam.. situasi hari isnin

suami : i dah sampai, nanti kejutkan i awal sikit, boleh hantar u pergi keja (sms jam 5.18 pagi)

isteri : ok dah sampai bolehlah call sekarang (hanya dari hati jam 7.05 pagi) lokasi di rumah mak kandung

suami : masih tidur terlentang dirumah sendiri (penat sebab baru balik dari muar)

isteri : still  "mengcall" suaminya yang dimasih tidur rumah (jam menunjukkan hampir 7.30 pagi) keadan baru lepas siap

suami : masih di buai mimpi lena diulit intan belian

isteri : ambil keputusan keluar dari rumah mak kandung menuju ke rumah sendiri dengan berjalan kaki.. ( sambil susah hati sebab jarang suaminya tak sedar kalau handphone bunyi. sambil air mata terkeluar kerana memikirkan sesuatu yang tak elok terjadi. so faham2 k..

suami : masih berdengkur dengan kuatnya tanpa memikirkan tentang isterinya.. (yelah kalau dah tidur mana nak ingat ape dah tambah letih kan..)

isteri : berjalan kaki sambil tengok kiri kanan kot2 ada org kenal yg boleh ditumpang sampai kerumah.. (jauh jugak la rumah tuh hampir 1 km lebih.. (agak2 je sebab takde plak signboard brape km lagi) hehehe

suami : dengkuran makin menjadi2 sebab penat kot.. ( heheheh)

isteri : sesudah sampai dirumah dan membuka pagar terus menujuke pintu depan..pintu tidak berkunci, terus membukanya dan mendaptati suaminya masih lagi berdengkur. hati menjadi lega.

suami : tidur dalm keadaan yang amat penat sebab si isteri masuk pon masih lagi tidak sedarkan diri

isteri : dalam keadaan yang lega pon masih geram dan cuba untuk mengejutkan suaminya. dalam yang agak terkejut si suami pon terus memluk si isteri dan meminta maaf

suami : maafkan i.. i memang tak sedar langsung, eh.. kenape u tak call i.. laaa.. u balik naik apa? siapa hantar?? (tertanya2 sebab rasa bersalah kot)

isteri : tak call u kata?? cuba u check ur handphone.. 21 kali i call ok!!! (konon2 marah la tapi baru 21x tak heran la kan yg penting dia ok kan..)

suami : sorry, i tervabrate la sayang.. so sorry ok.. i mandi kejap then lepas tu i hantar u yer sayang.. jangan marah taw.....

isteri : ok cepat sikit.. (xpela janji dia ok tu jer.. heheeheheh)


#moral.. jangan cepat melatah.. hahahahaha
* saja la ber ai-ai bagai.. sebab nak bagi sama macam drama ler.. hehehehe


Bila ada orang sentap time kau buat lawak

Assalamualaikum.. Lamanya la hai tak menaip kat sini... Sihat ke reader mak?? Ingt mak tak??  Ke dah lupa mak wujud ni?? Hahaha..  Mak maca...